Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Lee Kim Shin mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Miri di Miri, hari ini. Foto UKAS

1,058 sukarelawan sertai gotong royong pasca banjir di Miri

BySalasiah Safian

MIRI, 18 Feb: Seramai 1,058 orang sukarelawan menyertai program gotong royong pasca banjir.

Menteri Pengangkutan Sarawak Dato Sri Lee Kim Shin berkata, jumlah keseluruhan berat sampah yang berjaya dikutip sepanjang program adalah sebanyak 125.56 tan.

“Kalau dalam kilogram (kg) jumlahnya ialah 125,560 kg. Kalau ditukar ke tan, ia adalah sebanyak 125.56 tan sampah yang dikutip. Jumlah peserta untuk program gotong-royong ini adalah seramai 1,058 orang,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senadin berkata demikian selepas mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Miri.

Tambah beliau, pihaknya mendapati parit yang tersumbat antara faktor berlakunya banjir di beberapa kawasan.

“Kami turun padang dan kami dapat lihat sebenarnya banyak longkang tersumbat, tumbuh-tumbuhan rendah (low vegetation) di beberapa anak sungai, dan juga ada satu aliran tersumbat dan ia menyebabkan air tidak mengalir terus ke sungai dan menyebabkan banjir. Jadi kita mahu ini dipulihkan, tindakan akan diambil,” ujarnya lagi.

Program gotong-royong mega pemulihan kawasan terjejas banjir di daerah Miri adalah inisiatif besar yang bertujuan untuk membantu pemulihan kawasan yang terjejas akibat banjir oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Miri.

Program yang berlangsung bermula 6 hingga 22 Februari 2025 melibatkan beberapa kawasan seperti Kampung Pujut Sungai Adong, Kampung Pujut Tanjung Batu, Padang Kerbau dan Kampung 1 Malaysia. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan