Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Luar dan Kerjasama Timor-Leste Bendito Freitas menyifatkan pembukaan penerbangan terus antara negara itu dengan China sebagai amat signifikan. Foto hiasan Envato

Timor-Leste buka penerbangan terus ke China

ByBernama

DILI, 17 Feb: Menteri Luar dan Kerjasama Timor-Leste Bendito Freitas menyifatkan pembukaan penerbangan terus antara negara itu dengan China sebagai amat signifikan.

Beliau berkata demikian berikutan penerbangan terus dari Dili ke Xiamen, China dilancarkan pada 14 dan 15 Februari lepas.

Bendito Freitas berharap lebih ramai pelabur dan pelancong China melawat ke Timor-Leste, manakala lebih ramai rakyat negara itu dapat ke China untuk belajar dan mengenali masyarakat, budaya dan sejarah negara Tembok Besar.

Sejak terjalinnya hubungan diplomatik pada 2002, hubungan dua hala antara Timor-Leste dengan China berkembang baik. China menghulurkan banyak bantuan dan sokongan kepada Timor-Leste melibatkan pelbagai bidang.

“Dalam aspek kerjasama ekonomi, China menyediakan sokongan komprehensif kepada Timor-Leste dalam bidang pertanian, sains dan teknologi, serta pembinaan prasarana.

“Dalam aspek bantuan kemanusiaan pula, China menghulurkan banyak bantuan kepada Timor-Leste semasa pandemik COVID-19. Bagi aspek hubungan luar, suara China di pentas dunia menyediakan sokongan kukuh kepada Timor-Leste,” kata beliau.

Bendito pernah menyandang jawatan duta besar ke China pada 2016 hingga 2020.

Beliau menganggap kerja dan kehidupannya sewaktu di China amat berharga. Beliau melihat tranformasi dan perkembangan ekonomi serta peningkatan taraf hidup rakyat di China dengan mata sendiri.

“China mempunyai kedudukan yang amat penting di dunia dan negara Tembok Besar ini membawa kedamaian, keselamatan dan kemakmuran kepada kita,” tambahnya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan