Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tengku Zafrul bercakap dalam sidang media selepas hadir Persidangan China: Asia Tenggara 2025 di sini, hari ini Foto, Amiruddin (TVS).

Tiada perubahan dasar perdagangan AS terhadap Malaysia setakat ini

ByAmirah Shawel

KUALA LUMPUR, 17 Feb: Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) memaklumkan setakat ini tiada perubahan membabitkan dasar perdagangan Amerika Syarikat (AS) terhadap Malaysia susulan perubahan kepimpinan negara itu.

Menterinya, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, di sebalik perkembangan itu kerajaan sentiasa bersedia terhadap sebarang kemungkinan terutamanya membabitkan tindakan dalam aktiviti perdagangan dan pelaburan.

Jelas beliau, MITI juga sentiasa berhubung dengan agensi berkaitan serta pemegang taruh menerusi pelbagai platform.

AS terus menjadi rakan dagangan yang sangat penting (serta) destinasi eksport utama Malaysia dan yang kedua ialah China.

“Pelaburan terbesar yang masuk untuk 10 bulan terakhir adalah daripada syarikat AS.

“Sudah tentu kita mahu terus terlibat (berdagang dengan negara itu),” katanya pada sidang media selepas Persidangan China: Asia Tenggara 2025 di sini, hari ini.

Presiden Donald Trump sebelum ini mengumumkan tarif atau cukai import yang meluas ke atas China sebanyak 10 peratus, Kanada dan Mexico iaitu 25 peratus.

Tindakan itu sekali gus menimbulkan risiko berlakunya perang perdagangan baharu, yang menurut ahli ekonomi akan melembapkan pertumbuhan sejagat dan mendorong kepada inflasi.

Mengulas lanjut, Tengku Zafrul berkata, kementeriannya akan terus melibatkan diri serta cuba kebimbangan yang disuarakan oleh pemegang taruh dan akan bekerjasama dengan lebih dekat bersama pihak berkaitan.-TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan