Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sekurang-kurangnya sembilan orang, termasuk seorang kanak-kanak maut hujung minggu lepas susulan banjir teruk yang dicetuskan oleh hujan lebat di beberapa bahagian Amerika Syarikat (AS). Foto AFP

Sekurang-kurangnya 9 maut dalam banjir di AS

ByBernama

WASHINGTON, 17 Feb: Sekurang-kurangnya sembilan orang, termasuk seorang kanak-kanak maut hujung minggu lepas susulan banjir teruk yang dicetuskan oleh hujan lebat di beberapa bahagian Amerika Syarikat (AS), lapor agensi berita Jerman, dpa.

Gabenor Kentucky Andy Beshear berkata seramai lapan orang disahkan meninggal dunia di negeri tenggara AS itu dan beliau percaya angka korban akan terus meningkat.

Beliau berkata seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun antara yang maut dengan kesemua kematian itu berkaitan sama ada kemalangan jalan raya atau banjir.

Seorang lagi penduduk meninggal dunia di negeri Georgia, menurut akhbar Atlanta Journal-Constitution yang memetik pihak berkuasa tempatan.

Lebih 1,000 orang telah diselamatkan dalam operasi menyelamat di Kentucky sahaja. Presiden AS Donald Trump telah mengisytiharkan darurat di negeri itu atas permintaan pihak berkuasa. Puluhan ribu kediaman terputus bekalan elektrik dan air minuman. Pengawal Kebangsaan telah dikerahkan ke lokasi terjejas.

Hujan lebat yang bermula pada Sabtu turut menjejaskan beberapa negeri termasuk Kentucky, Tennessee, Georgia, Arkansas, Virginia dan Virginia Barat. Di Tennessee, sebuah empangan pecah, yang menurut pihak berkuasa boleh menyebabkan keadaan yang mengancam nyawa. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan