Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang lelaki warga emas maut selepas ditikam isterinya selepas berselisih faham dalam kejadian di sebuah pangsapuri di sini pagi semalam. Foto TVS

Salah faham punca kontraktor maut ditikam isteri

ByFirdaus Ismail

KAJANG, 17 Feb: Seorang kontraktor maut selepas ditikam beberapa kali oleh isterinya akibat perselisihan faham dalam kejadian di sebuah pangsapuri di sini pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner (ACP) Naazron Abdul Yusof berkata, polis menerima maklumat daripada orang awam berhubung pergaduhan pasangan suami isteri itu di hadapan rumah mereka sekitar 11.05 pagi.

Menurut beliau, sepasukan polis yang tiba mendapati mangsa seorang lelaki warganegara berusia 60 tahun sudah meninggal dunia.

“Pisau yang digunakan dalam kejadian itu telah dirampas bersama beberapa sampel barang kes lain bagi membantu siasatan.

“Suspek yang merupakan seorang wanita tempatan berusia 59 tahun iaitu isteri mangsa telah direman selama lima hari bermula hari ini untuk membantu siasatan,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Beliau memberitahu, bedah siasat yang dijalankan di Hospital Serdang hari ini mendapati punca kematian adalah disebabkan kecederaan akibat beberapa tikaman.

Katanya pasangan berkenaan telah berkahwin selama 37 tahun.

“Kes disiasat dibawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan