Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang remaja lelaki yang dilaporkan hilang ketika memasang pukat ikan bersama bapa saudaranya di sungai berdekatan Rumah Thaddeus, Kampung Pulau Brunei pada petang Sabtu, ditemukan lemas pagi ini. Foto Bomba

Remaja lelaki hilang ketika pasang pukat ditemukan lemas

LIMBANG, 17 Feb: Seorang remaja lelaki yang dilaporkan hilang ketika memasang pukat ikan bersama bapa saudaranya di sungai berdekatan Rumah Thaddeus, Kampung Pulau Brunei pada petang Sabtu, ditemukan lemas pagi ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata mayat Joence Jordisone Jamit, 16, ditemukan oleh orang awam yang melakukan pencarian di Sungai Medamit pada 9.20 pagi.

“Pasukan pencari kemudian membawa mayat itu ke Rumah Thaddeus sebelum menyerahkannya kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya ketika dihubungi.

Semalam mayat bapa saudara Joence, Atin Isik, 62, ditemukan di tebing sungai berhampiran.

Dalam kejadian dua hari lepas sekitar 1 tengah hari, Atin dan Joence yang dikatakan pergi ke sungai untuk memasang pukat ikan berdekatan Rumah Thaddeus dilaporkan tidak pulang, dan mayat Atin kemudiannya ditemukan pada keesokan harinya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan