Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Anggota perkhidmatan kecemasan bekerja di tempat kejadian di mana sebuah kereta melanggar orang ramai di bandar Munich, Jerman selatan pada 13 Februari, 2025. Foto AFP

Polis campur tangan antara protes bertentangan selepas serangan kereta Munich

ByBernama

MUNICH, 17 Feb: Polis campur tangan dalam satu tunjuk perasaan balas oleh kumpulan sayap kanan yang memberi penghormatan kepada mangsa berhampiran lokasi serangan maut rempuhan kereta di bandar Munich, selatan Jerman pada Ahad, lapor agensi berita Jerman dpa.

Rakaman menunjukkan pegawai menggunakan kekerasan terhadap beberapa individu. Kejadian itu disahkan oleh saksi tetapi polis pada mulanya tidak dapat menyatakan sama ada tangkapan telah dibuat.

AfD yang berhaluan kanan dan antipendatang telah berjaga-jaga di dataran Konigsplatz di tengah bandar, dihadiri kira-kira 70 orang, menurut anggaran polis.

Polis campur tangan ketika kira-kira 600 penunjuk perasaan mengadakan bantahan balas, menentang eksploitasi serangan Khamis untuk tujuan politik.

Kira-kira 40 daripada kumpulan ini membentuk rantai manusia untuk menghalang penyokong AfD daripada meletakkan bunga di tapak serangan di Seidlstrasse berdekatan, menurut polis. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan