Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara menggagalkan cubaan menyeludup tanaman hiasan dari negara jiran dengan anggaran rampasan bernilai RM4.3 juta selepas menahan dua lori dalam dua serbuan berasingan di Rantau Panjang, Pasir Mas Sabtu lepas. Foto Briged Tenggara PGA Rasmi (FB)

PGA tumpas cubaan seludup tanaman hiasan lebih RM4 juta di Pasir Mas

ByBernama

KOTA BHARU, 17 Feb: Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara menggagalkan cubaan menyeludup tanaman hiasan dari negara jiran dengan anggaran rampasan bernilai RM4.3 juta selepas menahan dua lori dalam dua serbuan berasingan di Rantau Panjang, Pasir Mas Sabtu lepas.

Komander Briged Tenggara PGA Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata rampasan pertama dilakukan pada 11 pagi apabila menahan sebuah lori di Kampung Kedap menerusi Op Taring Wawasan Kelantan.

“Hasil pemeriksaan dalam lori dipandu lelaki berumur 41 tahun itu menemukan lebih 4,700 pokok puding, Masjutik Batik (800), Masjutik Hijau (1,000), Thong Urai (1,000), Oleandor (500) dan Sandpaper 1,200 dengan anggaran rampasan termasuk sebuah lori bernilai RM1.8 juta.

“Lelaki itu dipercayai menjadi penghantar tanaman terbabit ke Melaka,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata dalam kejadian 9.15 malam hari yang sama, pihaknya turut menahan seorang lelaki berusia 33 tahun dekat Gual Tinggi dan merampas lebih 5,000 anak pokok keruing dengan anggaran rampasan termasuk sebuah lori bernilai RM2.5 juta.

Nik Ros Azhan berkata lelaki berkenaan dipercayai menjadi penghantar tanaman berkenaan ke Jerantut, Pahang.

“Kesemua tanaman yang dirampas dipercayai diseludup dari Thailand dan disyaki mempunyai serangga perosak dan penyakit. Semua barang rampasan bersama kedua-dua suspek telah dibawa ke Balai Polis Rantau Panjang untuk tindakan selanjutnya di bawah Akta Kuarantin Tumbuhan 1976,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan