Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pengguna media sosial diingatkan berpada-pada dalam mengemukakan pendapat melibatkan kaum di media sosial, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil. Foto hiasan Envato

Pengguna media sosial diingatkan berpada-pada komen isu libat kaum – Fahmi

ByBernama

KUALA LUMPUR, 17 Feb: Pengguna media sosial diingatkan berpada-pada dalam mengemukakan pendapat melibatkan kaum di media sosial, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.

Beliau berkata sebagai sebuah negara majmuk dan mempunyai masyarakat berbilang kaum, pengguna media sosial perlu mengamati dan menjaga sensitiviti dalam melontarkan komen serta pendapat di platform berkenaan.

“Kita perlu berpada-pada dalam mengemudi sentimen yang sering kali begitu mudah tersebar atau ditular dalam media sosial… nasihat saya sebagai Menteri Komunikasi ialah kita perlu bersederhana dalam meletakkan komen.

“Kadang-kadang kita merasakan komen yang kita letak itu tak ada siapa yang akan nampak, tapi sebenarnya zaman sekarang terlalu mudah untuk sesiapa, tak perlu jadi warga MCMC (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia).

“Kadang-kadang netizen boleh mendapat pelbagai maklumat tentang seseorang yang meletakkan komen dalam media sosial, jadi saya merasakan kita perlu bersederhana,” katanya dalam sidang media selepas Digital Leadership Excellence Graduation Ceremony 2024 di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai isu kontroversi peniaga jagung bersifat perkauman, yang masih menjadi polemik di media sosial ketika ini.

Semalam, penjual jagung yang mencetuskan kontroversi selepas memaparkan papan tanda berunsur perkauman itu telah memohon maaf kepada seluruh masyarakat Malaysia khususnya kaum India atas perbuatannya.

Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang menerusi hantaran di X berkata peniaga tersebut juga telah berjanji tidak akan mengulangi perbuatan itu pada masa akan datang. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan