Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Presiden Majlis Eropah, Antonio Costa, menyampaikan ucapan semasa Persidangan Keselamatan Munich (MSC) ke-61 di Munich, selatan Jerman pada 15 Februari 2025. Foto AFP

Pemimpin Eropah adakan sidang kemuncak khas bincang rancangan Trump tamatkan perang Ukraine

ByBernama

PARIS, 17 Feb: Pemimpin Eropah akan berhimpun pada Isnin untuk sidang kemuncak khas bagi membincangkan rancangan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump untuk menamatkan perang di Ukraine, lapor agensi berita Jerman dpa.

Antara pemimpin yang dijangka hadir termasuk dari Jerman, Britain, Itali, Poland, Sepanyol, Belanda, dan Denmark, bersama Presiden Majlis Eropah António Costa, Presiden Suruhanjaya Eropah Ursula von der Leyen, serta Setiausaha Agung NATO Mark Rutte, menurut kenyataan Istana Élysée.

Presiden Perancis Emmanuel Macron mengadakan mesyuarat itu bagi memulakan perbincangan mengenai situasi di Ukraine dan cabaran keselamatan di Eropah, menurut kenyataan itu.

Tujuan utama mesyuarat ini adalah untuk menghimpunkan semua pihak yang berkepentingan dalam keamanan dan keselamatan di Eropah, dengan mesyuarat itu dianjurkan dalam tempoh yang singkat semasa Persidangan Keselamatan Munich.

Negara-negara Kesatuan Eropah dan Ukraine bimbang AS dan Rusia mungkin mencari penyelesaian damai secara dua hala, selepas Presiden AS Donald Trump menyatakan keazamannya untuk mengakhiri konflik itu dan berbincang dengan Presiden Rusia Vladimir Putin.

Eropah dan Ukraine bertegas bahawa mereka harus terlibat dalam sebarang rundingan damai. Pada malam Ahad, Setiausaha Negara AS Marco Rubio berkata kedua-dua Ukraine dan Eropah harus turut serta dalam rundingan itu.

Selain itu, pemimpin-pemimpin Eropah di Paris juga dijangka membincangkan strategi lebih luas berhubung pentadbiran AS yang baharu selepas siri tuntutan dan kritikan dari Washington.

Mesyuarat di Paris ini turut berlangsung pada minggu yang sama Rubio dijadualkan bertemu wakil-wakil Rusia bersama Utusan Khas AS Steve Witkoff dan Penasihat Keselamatan Negara Mike Waltz di Arab Saudi.

Namun, tiada wakil dari Ukraine atau Eropah akan terlibat dalam perbincangan itu.

Presiden Ukraine Volodymyr Zelensky sebelum ini berkata bahawa beliau tidak akan menerima sebarang penyelesaian damai yang tidak disertai Ukraine. – TVS

Berita Berkaitan

No data was found

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan

No data was found