Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata Kerajaan Sarawak menggunakan kepakaran Denmark untuk melaksanakan projek pembangunan semula Sibu.

Pembangunan semula Sibu guna kepakaran dan teknologi bertaraf dunia

ByFebbright James

SIBU, 17 Feb: Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata pembangunan di Sibu memerlukan kepakaran dan teknologi bertaraf dunia berikutan struktur dan komposisi tanahnya yang mencabar.

Jelasnya kerajaan Sarawak telah menggunakan kepakaran Denmark untuk projek bernilai RM30 juta, memanfaatkannya dalam menguruskan tanah di bawah paras laut, sama seperti cabaran di Sibu.

“Danish (orang Denmark) membantu Netherland kerana Holland di bawah laut, kita pula di bawah sungai. Kita ambil jurutera terbaik di dunia untuk membantu kita membangunkan Sibu sebab RM30 juta bukan murah.

“Kami mengambil langkah berani ini kerana kami mahu Sibu menjadi yang terbaik. Jika kita mendapat jurutera biasa, maka kita akan mendapat masalah yang sama.

“Sarawak berada dalam kedudukan kewangan yang kukuh, telah menjana pendapatan RM14 bilion tahun lepas, membolehkan Sarawak mendapatkan kepakaran terbaik,” katanya.

Teknologi canggih, termasuk Building Information Modelling (BIM) dan kecerdasan buatan (AI) akan digunakan dalam perancangan dan anggaran kos seperti yang digunakan dalam projek jalan bertingkat yang akan datang di Kemuyang.

“Pertama kali kita cuba menggunakan BIM adalah untuk pembinaan jalan bertingkat di Sibu dan semua kos telah dikira menggunakannya.

“Pemodelan 3D berasaskan Al turut digunakan untuk menggambarkan bentuk muka bumi Bukit Assek, menilai struktur tanah dan menganggarkan paras air bawah tanah untuk memudahkan pengaliran yang betul bagi kawasan seluas 600 ekar,” ujarnya.

Abang Johari berkata pembangunan semula Sibu dijangka mengambil tempoh 15 tahun yang akan mengubah bandar itu menjadi hab moden. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan