Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pensyarah Kanan, Fakulti Ekonomi dan Perniagaan UNIMAS, Dr Dzul Hadzwan Husaini. Foto UNIMAS

Pembangunan ekonomi Malaysia melalui dasar pandang ke Borneo

ByHaleyson Roland

KUCHING, 17 Feb: Malaysia mempunyai potensi untuk mewujudkan dua pusat kuasa ekonomi dengan mengangkat Sabah dan Sarawak sebagai pemacu utama pertumbuhan di Wilayah Borneo.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Pensyarah Kanan, Fakulti Ekonomi dan Perniagaan UNIMAS, Dr Dzul Hadzwan Husaini, beliau menyambut baik cadangan Dasar Pandang ke Borneo yang bertujuan memastikan pembangunan yang lebih seimbang antara Semenanjung Malaysia dan Borneo.

“Dalam merealisasikan dasar ini, adalah penting untuk membangunkan infrastruktur pengangkutan darat yang lebih baik bagi meningkatkan integrasi ekonomi di Borneo. Saya berpandangan bahawa perlu ada kesepakatan antara negara jiran seperti Indonesia dan Brunei untuk bersama-sama mempercepat pembangunan jalan raya dan rangkaian landasan kereta api rentas sempadan.

Langkah ini akan memperkukuh hubungan perdagangan, memudahkan pergerakan tenaga kerja, dan mempercepat pertumbuhan ekonomi serantau,” katanya dalam kenyataan itu.

Borneo yang merangkumi Sabah dan Sarawak mempunyai peluang besar dalam menjadi hab logistik, perindustrian, dan perkhidmatan yang memainkan peranan penting dalam ekonomi serantau terutama di Nusantara.

Melalui Dasar Pandang ke Borneo, diversifikasi pusat pertumbuhan akan meningkatkan daya tahan ekonomi negara terhadap ketidaktentuan global, memperkukuh kesejahteraan rakyat, serta memastikan pembangunan yang lebih adil dan inklusif untuk semua wilayah, tidak tertumpu pada Semenanjung Malaysia sahaja.

Dasar ini dapat dilaksanakan dengan komitmen tinggi daripada semua pihak, termasuk kerajaan persekutuan, kerajaan negeri, sektor swasta, serta kerjasama erat dengan negara jiran.

Dengan perancangan yang teliti dan pelaksanaan yang berkesan, Malaysia mampu membina masa depan ekonomi yang lebih cerah dan seimbang untuk seluruh rakyatnya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan