Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dayang Noor Baizura Awang Kaderi ketika menghantar anak pertamanya, Mohd Firas Kustino di Sekolah Kebangsaan Jalan Haji Baki. Foto Aziz Soleh (TVS)

Pelbagai ragam anak pada hari pertama sekolah

ByAsmah Adenan

KUCHING, 17 Feb: Bermula musim persekolahan, sudah pasti kaum ibu akan lebih teruja dan memberi perhatian terhadap keperluan sekolah anak-anak.

Kaum ibu di Sekolah Kebangsaan Jalan Haji Baki turut tidak ketinggalan untuk memahat memori indah menghantar anak ke sekolah terutama yang berusia tujuh tahun dan pertama kali memasuki alam persekolahan formal.

Bagi Arinna Abdullah, 26, ibu kepada dua anak yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan Jalan Haji Baki menyatakan dia sangat teruja dapat menghantar kedua-dua anaknya.

Kedua-dua anaknya, Adithiya Naufal Mohd Irfan Zakwan ( tujuh tahun) dan Ardellyna Naura Mohd Irfan Zakwan (lima tahun) katanya sangat teruja untuk datang ke sekolah pagi ini.

“Kedua-dua mereka teruja, seminggu ini mereka tanya saya bila sekolah mama?

“Begitupun pagi tadi, ketika bangun untuk ke sekolah, kedua-dua mereka bangun sendiri dan sangat teruja nak ke sekolah,” katanya.

Arinna Abdullah, ibu kepada dua anak yang bersekolah di SK Jalan Haji Baki yang ditemui media selepas menghantar anak-anaknya ke sekolah pagi tadi. Foto Aziz Soleh (TVS)

Sementara itu, bagi Dayang Noor Baizura Awang Kaderi, 40, anak pertamanya iaitu Mohd Firas Kustino pagi tadi menangis ketika turun ke sekolah disebabkan terlalu lama bercuti.

Manakala anak keduanya, Nuryn Falisha Kustino masih cuba untuk membiasakan diri dengan persekitaran kerana ini merupakan pengalaman pertamanya ke sekolah.

“Anak saya yang pertama ada menangis sekejap lah pagi tadi kerana pertama kali turun selepas cuti panjang. Namun, bila dah sampai ke sekolah dan berjumpa rakan-rakan sekelas, dia seronok dan ok.

“Anak yang kedua, dia nak ke sekolah tapi mungkin belum biasa lagi dengan persekitaran di sekolah dan jumpa ramai kawan baharu jadi dia ada sedikit rasa takut,” ujarnya.

Dyg Noor Baizura Awg Kaderi dan Mohd Firas Kustino. Foto Aziz Soleh (TVS)

Mohd Firas Kustino yang sempat ditemui berkata, dia seronok apabila sudah bertemu dengan rakan sekelas pagi ini selain teruja kerana dapat bersekolah di sekolah yang sama dengan adik perempuannya.

“Saya rasa seronok dapat jumpa kawan dan ramai kawan baharu,” jelasnya.

Untuk rekod, Sekolah Kebangsaan Jalan Haji Baki menerima seramai 27 murid baharu bagi tahun satu manakala bagi murid prasekolah pula adalah seramai 26 orang bagi sesi 2025/2026. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan