Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Borneo Health Care Sanctuary Sdn Bhd telah melakar sejarah baharu dengan pelancaran rasmi pusat kesihatannya yang canggih, menawarkan perkhidmatan inovatif untuk meningkatkan kesejahteraan masyarakat setempat

Pelancaran Borneo Health Care Sanctuary satu era baharu penjagaan kesihatan

ByMuqri Aziz

KUCHING, 17 Feb: Borneo Health Care Sanctuary Sdn Bhd melakar sejarah baharu dengan pelancaran rasmi pusat kesihatannya yang canggih dengan menawarkan perkhidmatan inovatif untuk meningkatkan kesejahteraan masyarakat setempat.

Majlis perasmian itu yang disempurnakan Datuk Bandar Kuching Selatan, Dato Wee Hong Seng itu turut menyaksikan termeterainya Memorandum Persefahaman (MoU) antara Borneo Health Care Sanctuary Sdn Bhd dengan Spectrum International University College (SIUC).

“Kerjasama ini bertujuan untuk memperkukuh usaha dalam penyelidikan serta pelaksanaan program akademik khusus bagi melahirkan lebih ramai tenaga mahir dalam bidang penjagaan kesihatan dan perubatan alternatif.

“Sinergi antara sektor kesihatan dan pendidikan ini melambangkan komitmen semua pihak dalam memperkasa masyarakat menerusi inovasi dan pembangunan modal insan,” menurut kenyataan yang dikeluarkan.

Majlis itu juga turut merasmikan Paramount 33 yang berpotensi menjadi pusat kecemerlangan dalam bidang kepakaran kopi dan pembangunan profesional di rantau ini.

Paramount 33 bukan sahaja mengangkat industri kopi ke tahap lebih tinggi malah menyediakan platform kepada individu yang ingin memperkukuh kemahiran serta membina kerjaya dalam bidang berkaitan.

“Sebagai rakan tempatan rasmi Barista Guild Asia, Kuala Lumpur, Paramount 33 menawarkan pelbagai perkhidmatan termasuk latihan profesional barista, latihan korporat yang boleh dituntut melalui Tabung Pembangunan Sumber Manusia Berhad (HRDF), pengurusan acara serta perundingan pendidikan tinggi.

“Dengan kepakaran yang mantap dalam industri kopi dan pembangunan profesional, Paramount 33 bersedia untuk menjadi institusi unggul yang melahirkan tenaga kerja berkemahiran tinggi di peringkat tempatan dan serantau,” jelas kenyataan tersebut. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan