Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
PETROS dan PETRONAS akan bergerak ke hadapan sebagai rakan bagi menjamin kepentingan dan hasil negara serta kepentingan Sarawak, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Manfaat pembangunan industri minyak, gas di Sarawak lebih RM280 bilion sejak 1976

ByYusuf Shukri

KUALA LUMPUR, 17 Feb: Ordinan Pengedaran Gas (DGO) 2016 yang mengiktiraf peranan Petroleum Sarawak (PETROS) akan mula berkuat kuasa pada 1 Mac depan, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kata Perdana Menteri, menerusinya ia menjamin PETROS memperolehi 1.2 bilion kaki padu gas asli sehari untuk keperluan domestik Sarawak dengan jaminan penambahan berdasarkan keperluan.

Jelas Anwar, berteraskan semangat Persekutuan dan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Sarawak memperakui serta mengiktiraf Akta Kemajuan Petroleum (PDA) 1974 sebagai Akta Persekutuan seperti yang tertera dalam peruntukan undang-undang.

“(Ini termasuk) menyambut aspirasi Sarawak yang berhasrat menceburi kegiatan industri minyak di Sarawak dan hasrat dijelmakan melalui DGO 2016 yang dibaca sekali dengan Akta PDA 1974, maka, PETROS berperanan sebagai agregator di Sarawak,” katanya pada sesi penerangan di Parlimen hari ini.

Jelas Anwar,  kedua – dua syarikat minyak itu akan bergerak ke hadapan sebagai rakan bagi menjamin kepentingan dan hasil negara serta kepentingan Sarawak.

“Segala rundingan terperinci berikutnya akan mengekalkan manfaat dan kepentingan bersama mengikut prinsip komersial secara telus,” katanya.

Pada masa sama jelas beliau, PETROS juga boleh meluaskan kegiatan baharu dengan memanfaatkan kerjasama dengan PETRONAS.

Jelas Anwar, peranan tersebut tetap mengesahkan kelulusan sebelumnya kepada Petroliam Nasional (PETRONAS) dan anak-anak syarikat.

“Ini bermakna PETRONAS akan mengekalkan semua perjanjian domestik dan antarabangsa yang sedia ada,” katanya.

Sementara itu Anwar berkata, Sarawak telah memainkan peranan yang tidak dapat dipersoalkan dalam pembentukan negara dan juga pertumbuhan ekonomi dan pembangunan negara.

“Hasil yang diraih selama ini oleh negara, kita telah jadikan dana PETRONAS.

“Maka sebab itulah kita memilih untuk memberikan sedikit penyesuaian dan pengiktirafan kepada peranan PETROS untuk terus menjana pertumbuhan ekonomi Sarawak,” katanya.

Sementara itu Anwar turut menjelaskan peranan PETRONAS yang telah menyempurnakan tugas dengan menjamin pengagihan kepada semua negeri.

“Bagi maksud penjelasan hari ini, saya akan memberikan tumpuan kepada Sarawak.

“ Manfaat pembangunan industri minyak dan gas di Sarawak merangkumi pelaburan huluan (upstream investment) dan infrastruktur berjumlah melebihi RM280 bilion sejak 1976,” katanya,

Daripada jumlah pelaburan huluan tersebut tambah beliau dianggarkan lebih RM90 bilion nilai kontrak yang dibelanjakan dalam tempoh 10 tahun lepas (2014-2024).

“Syarikat vendor berdaftar dari Sarawak telah mendapat kontrak melebihi RM40 biliion dalam tempoh yang sama,”katanya.

Beliau turut memaklumkan Sarawak telah menerima bayaran tunai sebanyak RM49 bilion sehingga Disember 2024.

“Bayaran Cukai Jualan (Sales Tax) pula sebanyak RM18.66 bilion sehingga suku ketiga 2024) dan dividen sebanyak RM28.6 bilion sehingga Disember 2024) telah diperolehi melalui pegangan saham State Financial Secretary of Sarawak dalam Syarikat Kumpulan MLNG,” katanya.

Pada masa kata Anwar PETRONAS juga telah menyumbang secara langsung kepada usaha pembangunan modal insan warga Sarawak.

“Sepanjang 10 tahun yang lalu, lebih RM600 juta telah dibelanjakan untuk pelbagai usaha pendidikan dan pembangunan modal insan serta lebih 680,000 warga Sarawak telah mendapat tajaan dalam bentuk biasiswa selain program latihan untuk warga pendidik,” katanya.

Tambahnya lebih 4,300 warga Sarawak pula mendapat peluang pekerjaan di dalam PETRONAS.  -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan