Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ewon hadir pada Majlis Pra-Pelancaran SME Venture 2025 di sini hari ini. Foto, Amiruddin (TVS).

Kepengerusian ASEAN: Malaysia buka potensi eksport PKS serantau

ByAmirah Shawel

KUALA LUMPUR, 17 Feb: Malaysia komited untuk menggiatkan semula landskap ekonomi serantau dengan membuka potensi eksport Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) di Asia Tenggara, selaras dengan peranannya selaku Pengerusi ASEAN.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), Datuk Ewon Benedick berkata dengan lebih 600 juta penduduk, ASEAN menawarkan pasaran yang besar dan platform terbaik kepada PKS untuk memperluas pasaran produk dan perkhidmatan mereka.

Sehubungan itu, beliau menyarankan PKS tempatan supaya mengambil peluang meneroka pasaran ASEAN agar mampu mencapai pertumbuhan mampan dalam jangka panjang.

“ASEAN boleh berfungsi sebagai landasan pelancaran yang baik buat PKS kita.

“Memandangkan Malaysia memegang jawatan sebagai Pengerusi ASEAN 2025, saya melihat pasaran dengan semangat (peluang) yang baharu,” katanya ketika berucap pada Majlis Pra-Pelancaran SME Venture 2025 di sini hari ini.

Mengulas lanjut katanya, kerjasama sesama negara-negara anggota ke arah kemajuan dalam sektor PKS mampu memupuk pasaran ASEAN yang lebih dinamik, berdaya saing dan bersaling hubung.

Sementara itu, dalam usaha memperhebat potensi eksport PKS, Ewon berkata SME Corp akan menganjurkan SME Venture @ Asean 2025 pada 16 hingga 18 Oktober ini di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC).

“Ia adalah platform yang direka khusus dengan pelbagai aktiviti untuk menyediakan PKS Malaysia peluang maksimum untuk menerokai pasaran ASEAN,” katanya.

Kata beliau, acara itu nanti akan menghimpunkan pemegang taruh utama, mempamerkan keupayaan perniagaan, menawarkan peluang padanan perniagaan, dan memupuk rangkaian dan perkongsian perdagangan. – TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan