Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Salvia Sulantie, Dayang Salvia dan Rosni Rajaee ketika ditemui TVS di BCCK, Kuching pada Ahad. Foto TVS

Kek lapis terung asam Bukit Saban curi tumpuan

BySteward Dawi

KUCHING, 17 Feb: Kek lapis yang dibuat menggunakan terung asam antara produk makanan yang mendapat sambutan hangat daripada pelanggan yang datang berkunjung ke reruai Bukit Saban bersempena dengan program jualan Konvensyen Parti Pesaka Bumiputera (PBB) ke-16 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK).

Menurut usahawan dari Bukit Saban, Salvia Sulantie, kek lapis itu merupakan salah satu produk makanan yang baharu sahaja dikeluarkan persatuan mereka.

“Kek lapis perisa terung asam kami dibuat menggunakan bahan-bahan premium menyebabkan ianya mempunyai rasa yang unik.

“Cara bungkusan kek lapis kami juga menggunakan konsep tersendiri bagi memudahkan pelanggan membawa balik kek ini ke tempat masing-masing,” katanya ketika ditemui TVS di BCCK, Kuching pada Ahad.

Salvia memberitahu, antara produk lain yang menjadi pilihan orang ramai yang berkunjung ke reruai mereka ialah biskut dan juga Baju Dabung (Baju Kebaya).

Bagi usahawan dari Pantai Damai Dayang Salvia pula, produk kain batik Sarawak paling laris dijual kerana kualiti dan keunikan motif yang terdapat di kain batik tersebut.

“Sepanjang tiga hari kami berjual di sini, pengujung bukan Melayu antara pelanggan yang banyak membeli kain batik Sarawak,” ujarnya.

Jelas Dayang, program jualan bersempena dengan konvensyen kali ini banyak memberi peluang kepada usahawan mempamer sambil menjual produk-produk tempatan yang datang dari pelbagai pusat Dewan Undangan Negeri (DUN).

Sementara itu, wakil Biro Ekonomi Ranting Tupong, Rosni Rajaee berkata, produk majum menjadi rebutan pelanggan wanita yang singgah di reruai mereka.

“Produk harum manis dan biskut pelbagai aneka juga antara barang yang dicari pelanggan kerana tidak lama agi perayaan Hari Raya Aidilfitri akan menjelma,” jelasnya.

Rosni turut mengharapkan mereka dapat diberi peluang untuk menyertai program jualan atau ekspo jualan yang lebih besar pada masa akan datang.

“Melalui program seperti ini produk-produk tempatan kita di Sarawak dapat dikenali umum, termasuk mereka yang berada di luar,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan