Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pemain Terengganu Hockey Team (THT), Faizal Saari membantu THT menumpaskan kelab Australia, Territory Stingers 4-1 dalam aksi terakhir liga di Stadium Hoki Nasional 2, Bukit Jalil semalam. Foto Tangkap layar Terengganu Hockey Team (FB)

Julang Piala TNB misi seterusnya Faizal Saari

ByBernama

KUALA LUMPUR, 17 Feb: Pemain Terengganu Hockey Team (THT), Faizal Saari memasang impian menyaksikan pasukan itu menjulang kejuaraan Piala TNB yang bakal memulakan saingan esok sekali gus meraih penamat terindah bagi musim 2025.

Penyerang prolifik berusia 34 tahun yang baru sahaja memacu kejayaan THT muncul juara liga buat kali ketujuh semalam, menyifatkan dengan menjuarai piala itu bakal menjadi simbol penguasaan THT dalam kancah Liga Hoki Malaysia (MHL).

“Bagi saya, satu sejarah apabila dalam sembilan perlawanan liga kita tanpa kalah. Tahun 2025 memang manis tapi kalau nak lagi manis kena menang Piala TNB.

“Untuk Piala TNB kita perlu bermain tiga perlawanan (suku akhir, separuh akhir dan final), jadi apa-apa boleh berlaku dan kalau ada kesalahan kecil memang akan menghukum kita. Saya harap semua pemain dapat elakkan selain kekalkan momentum untuk baki perlawanan,” katanya selepas membantu THT menumpaskan kelab Australia, Territory Stingers 4-1 dalam aksi terakhir liga di Stadium Hoki Nasional 2, Bukit Jalil semalam.

Faizal yang berhasil meledak 19 gol peribadi pada saingan MHL setakat ini dalam masa sama optimis mampu menambah koleksi jaringannya pada Piala TNB nanti.

“Peluang untuk muncul penjaring terbanyak masih terbuka, buat masa sekarang saya ada 19 gol dan ada baki tiga lagi perlawanan untuk Piala TNB,” katanya.

Beliau turut memuji persembahan barisan pemain muda yang berjaya menampilkan semangat juang tinggi untuk melakar rekod tanpa kalah buat THT sepanjang saingan liga musim 2025.

THT akan berdepan Armed Forces HT pada aksi suku akhir Piala TNB esok.

Skuad bimbingan ketua jurulatih Mohd Harfizi Baharom itu dalam masa sama bakal berdepan cabaran hebat seteru terdekat Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang juga dianggap pilihan utama dengan kehadiran ramai pemain kebangsaan serta pemain import berkualiti.

Untuk rekod, THT turut merampas Piala Sumbangsih 2025 daripada TNB yang meraih gelaran treble musim lepas (Piala Sumbangsih, Piala TNB, dan kejuaraan liga). – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan