Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pengarah Pendidikan Negeri Sarawak, Omar Mahli. Foto fail TVS

Guru baharu dinasihatkan tidak menolak tawaran mengajar di Sarawak

ByAsmah Adenan

KUCHING, 17 Feb: Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak (JPNS) menerima seramai 1,312 guru baharu (contract of service) bagi menangani masalah kekurangan tenaga pengajar di Sarawak.

Pengarah Pendidikan Sarawak, Omar Mahli berkata, guru baharu yang dilantik diberi masa selama 30 hari bagi melapor diri bermula 13 Februari lepas.

Menurutnya, pihaknya berharap semua guru baharu yang dilantik itu dapat segera melapor diri dalam tempoh ditetapkan.

“Ada dalam kalangan mereka (guru) sebelum ini bekerja dan memberi notis peletakan jawatan masing-masing dan ini mungkin mengambil sedikit masa.

“Sebagai contoh, ada dalam kalangan mereka yang tinggal di Kuching ditempatkan di kawasan Baram, Belaga dan Kapit, jadi mereka mengambil sedikit masa untuk mengurus perjalanan masing-masing dan mencari rumah dan sebagainya. Tapi kita berharap dalam tempoh terdekat ini kesemua mereka melapor diri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas hadir ke Sekolah Kebangsaan Haji Baki bagi hari pertama sekolah sesi 2025/2026, hari ini.

Mengulas mengenai penolakan tawaran daripada guru baharu yang dilantik, Omar menjelaskan, seperti tahun-tahun yang lepas kemungkinan mereka yang menolak itu ada.

“Apabila mereka ditempatkan di sekolah yang agak jauh daripada tempat tinggal sekarang, ini ada kemungkinan mereka memikirkan untuk menerima ataupun menolak.

“Tapi kita nasihatkan kepada guru-guru baharu supaya menerima tawaran ini kerana ini adalah peluang untuk mereka menyumbang bakti kepada pendidikan di Sarawak. Tak semua akan mendapat tempat yang baik di bandar,” ujarnya.

Kata Omar, gunakan peluang yang ada untuk berkhidmat di pedalaman dan dapatkan pengalaman agar mereka kembali ke bandar dengan penuh pengalaman.

Hadir sama Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah (Sektor Perancangan) Pejabat Pendidikan Daerah Padawan, Kastamy Mudin, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah (Sektor Pengurusan Sekolah) Pejabat Pendidikan Daerah Padawan, Winston Dominic Ritay, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah (Sektor Pembangunan Murid) Pejabat Pendidikan Daerah Padawan, Bolkiah Ali dan Guru Besar Sekolah Kebangsaan Jalan Haji Baki, Mohd Aliff Najmi Abdullah. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan