Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Rodiyah bercakap kepada TVS di Bangunan Parlimen di sini hari ini. Foto, Alex Teo (TVS).

Dewan Rakyat: Kerajaan Persekutuan diminta perhalusi Dasar Pandang Ke Borneo

ByBong Yi Sien

KUALA LUMPUR, 17 Feb: Kerajaan Persekutuan dicadang supaya memperhalusi Dasar Pandang Ke Borneo demi kemajuan Malaysia secara keseluruhan.

Ahli Parlimen Batang Sadong Rodiyah Sapiee berkata, idea itu pernah disuarakan sebelum ini dan sudah tibanya masanya dipertimbangkan dengan serius disebabkan beberapa faktor.

Kata beliau ini termasuk Sabah dan Sarawak memiliki sumber kekayaan semula jadi dan lokasi strategik selain perkembangan di negara jiran.

“(Ini juga berkaitan keputusan) Indonesia yang memindahkan pusat pentadbiran mereka ke Kalimantan (sekali gus) membuka peluang ekonomi yang luas bagi wilayah di sana.

“Keseluruhan populasi di Kepulauan Borneo pula mencecah 23 juta iaitu hampir setara dengan di Semenanjung Malaysia.

“Populasi besar ini memberi kelebihan ekonomi yang penting khususnya kepada Sarawak yang kaya dengan sumber alam,” katanya.

Rodiyah berkata demikian ketiga mengambil bahagian dalam perbahasan Usul Menjunjung Kasih Atas Titah Diraja Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat di sini pada hari ini.

Tambah Rodiyah, pembangunan infrastruktur berkapasiti besar, seperti lebuh raya amat penting untuk mengintegrasikan wilayah ekonomi di Borneo.

“Saya menghargai usaha kerajaan dalam menyiapkan Lebuhraya Pan Borneo di Sarawak serta komitmen untuk membina lapangan terbang antarabangsa baharu.

“Bagi memaksimumkan keupayaan infrastruktur ini, saya mencadangkan kerjasama erat dengan Brunei dan Indonesia dalam membangunkan rangkaian pengangkutan darat yang menghubungkan seluruh Borneo, termasuk lebuh raya dan sistem rel,” katanya.

Sehubungan itu kata beliau, cadangan Jaringan Kereta Api Borneo (Trans Borneo Railway) perlu disegerakan bagi memastikan integrasi ekonomi yang lebih kukuh.

“Saya ingin mendapatkan pencerahan mengenai status projek ini, bilakah kerajaan bercadang untuk melaksanakannya, serta apakah kajian kebolehlaksanaan telah dijalankan.

“Jika direalisasikan, rangkaian infrastruktur ini akan memperluaskan pasaran, menarik pelabur, serta membuka lebih banyak peluang pekerjaan dan perniagaan, sekali gus meningkatkan pendapatan rakyat dan menjadikan Borneo sebagai pusat pertumbuhan ekonomi yang berdaya saing,” katanya. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan