Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Seri Nancy Shukri menjawab soalan berkaitan usaha kerajaan memperkasa ekonomi wanita di Dewan Rakyat hari ini. Foto, Jabatan Penerangan Malaysia.

Dewan Rakyat: 734 program bantu wanita dilaksana KPWKM tahun lepas – Nancy

ByBong Yi Sien

KUALA LUMPUR, 17 Feb: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) melalui Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) telah melaksanakan sebanyak 734 program bagi membantu wanita dalam aktiviti ekonomi di seluruh negara sepanjang tahun lepas.

Menterinya Datuk Seri Nancy Shukri berkata, seramai 17,290 wanita telah menerima manfaat melalui pelbagai program, kursus dan latihan, serta bimbingan mengenai pengurusan kewangan dalam bidang keusahawanan.

Kata beliau, antara yang dilaksanakan termasuk Program Ekonomi Pembangunan Mampan (OMEGA) dengan kerjasama Universiti Putra Malaysia (UPM).

“Program tersebut adalah sebahagian daripada program kemahiran dengan matlamat menjana pendapatan peserta melalui penghasilan proluk yang mempunyai nilai komersial dari sumber bahan-bahan terbuang atau terpakai,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Nancy menjawab pertanyaan Dr. Ahmad Fakhruddin Fakhrurazi (Perikatan Nasional – Kuala Kedah) yang ingin tahu mengenai pelaksanaan bentuk program sokongan bagi merangsang status ekonomi kaum wanita dan keluarga yang kehilangan ketua rumah tangga serta statistik kumpulan berkenaan yang terdapat dalam Parlimen Kuala Kedah.

Sementara itu beliau memaklumkan JPW turut menyediakan pusat aktiviti yang dikenali sebagai Laman Wanita (LaWa) untuk meningkatkan kemahiran kaum wanita menerusi latihan seperti jahitan, anyaman, kraftangan dan masakan.

Dalam pada itu, Nancy berkata, KPWKM menerusi Yayasan Kebajikan Negara Malaysia (YKN) telah memperkenalkan Program Wanita Dinamik untuk membantu golongan sasar khususnya wanita melalui bantuan insentif perniagaan secara kecil-kecilan untuk menjana pendapatan ekonomi keluarga serta sokongan dan peluang perniagaan atau keusahawanan.

“Sejak pelaksanaannya pada 2021 sehingga 2024, sejumlah 20,774 wanita di seluruh negara telah mendapat manfaat daripada inisiatif ini, termasuk 871 wanita di Kedah,” katanya. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan