KUALA LUMPUR, 17 Feb: ASEAN berpendirian tegas dalam menentang paksaan ekonomi dan tindakan bersifat unilateral yang mampu menggugat kesejahteraan dan kestabilan rantau ini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia selaku Pengerusi ASEAN akan menyokong sistem multilateral berasaskan undang-undang demi keadilan dan ketelusan.
Pendirian Malaysia juga kata beliau jelas iaitu kekal tidak terikat dan tidak akan terjerat dalam persaingan antara ‘kuasa besar’.
“Kami menolak paksaan ekonomi dan tindakan unilateral yang menjejaskan kestabilan serantau,” katanya.
Anwar berkata demikian ketika berucap pada Persidangan China: Asia Tenggara 2025 di sini, hari ini.
Turut hadir Naib Pengerusi Persidangan Perundingan Politik Rakyat Cina, C.Y. Leung, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke.
Mengenai kerjasama ekonomi, Anwar berkata ASEAN perlu memperluas penglibatan termasuk ‘mendekati’ luar rakan kongsi tradisional dan mengamalkan perkaitan strategik dalam dunia yang multipolar.
“Dengan mempelbagai perkongsiannya, ASEAN boleh meningkatkan daya tahan ekonominya, memanfaatkan pelaburan baharu peluang dan memainkan peranan yang lebih proaktif dalam membentuk rangka kerja tadbir urus global,” katanya. – TVS