Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada majlis Rumah Terbuka Sambutan Tahun Baharu Cina Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Sibu di sini hari ini. Foto Febbright James (FB)

Abang Johari zahir terima kasih kepada Anwar kerana iktiraf Petros

ByFebbright James

SIBU, 17 Feb: Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg hari ini menzahirkan ucapan terima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana mengiktiraf Petroleum Sarawak (Petros) sebagai agregator gas di Sarawak.

Katanya, perkara ini membolehkan Sarawak bergerak ke hadapan dalam menyertai keseluruhan ekosistem ekonomi.

“Kita tidak tamak. Kita (Petos dan Petronas) akan bekerjasama. Minyak dan gas kita akan kongsi kerana keperluan negara,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada majlis Rumah Terbuka Sambutan Tahun Baharu Cina Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Sibu di sini hari ini.

Abang Johari berkata Sarawak mempunyai kawalan tertentu ke atas sektor ekonomi yang disertainya hasil daripada kekuatan Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Sementara itu, Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Dr Sim Kui Hian menyifatkan kepimpinan Abang Johari banyak membawa perubahan kepada Sarawak terutama haknya dalam soal minyak dan gas.

“Kami akan sentiasa di belakang (memberikan sokongan) kepada Premier sebab perkara berkaitan Petros dan Petronas ini melibatkan jumlah berbilion.

Pada sesi penerangan di Dewan Rakyat pagi tadi, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sarawak memperakui aspirasi Sarawak untuk menceburi industri minyak dan gas di negeri berkenaan.

Anwar menjelaskan bahawa hasrat itu termaktub dalam Ordinan Pengagihan Gas 2016 (Pindaan) (DGO), yang akan berkuat kuasa pada 1 Mac 2025.

“DGO, apabila dibaca bersama Akta Kemajuan Petroleum 1974 (PDA), memperuntukkan bahawa Petros (Petroleum Sarawak Bhd) berperanan sebagai agregator di Sarawak,” katanya.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata peranan itu tetap mengesahkan kelulusan sebelumnya kepada PETRONAS dan anak-anak syarikatnya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan