Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Foto hiasan, Envato

2 hilang selepas bot nelayan Jepun terbalik di luar pantai Hokkaido

ByBernama

TOKYO, 17 Feb: Sebuah bot nelayan Jepun yang membawa lima orang terbalik di perairan berhampiran pulau utama paling utara Jepun, Hokkaido pada Ahad, menyebabkan dua anak kapal hilang, menurut Xinhua, memetik laporan media tempatan.

Menurut Pejabat Pengawal Pantai Jepun di Rumoi, kira-kira jam 4 petang waktu tempatan, Persatuan Koperasi Perikanan Kitarumoi melaporkan kepada pihak bomba bahawa sebuah bot nelayan telah terbalik di luar pantai Pekan Tomamae di Hokkaido, menurut penyiar awam NHK.

Bot itu membawa lima orang dalam lingkungan 20-an hingga 50-an, dan tiga daripada mereka, termasuk kapten, telah diselamatkan oleh bot berhampiran, tetapi dua anak kapal, berusia 29 dan 48 tahun, masih hilang, menurut laporan itu.

Bot peronda Pengawal Pantai Jepun dan yang lain sedang mencari anak kapal yang hilang, tambahnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan