Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Foto hiasan Envato

Wabak denggi diisytiharkan di bandar paling padat di ibu negara Filipina

ByBernama

MANILA, 16 Feb: Quezon City,  bandar paling padat di wilayah ibu negara Filipina, diisytiharkan sebagai kawasan wabak denggi pada Sabtu susulan peningkatan hampir 200 peratus kes jangkitan, lapor Xinhua.

Datuk Bandar Quezon City Joy Belmonte berkata Jabatan Kesihatan bandar itu merekodkan 1,769 kes denggi dari 1 Jan hingga 14 Feb, meningkat hampir 200 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Beliau memaklumkan bahawa 10 individu, termasuk lapan kanak-kanak, telah meninggal dunia akibat penyakit itu.

“Pengisytiharan wabak denggi ini memastikan kami mengawal keadaan dan melakukan segala yang termampu untuk melindungi penduduk daripada penyakit berbahaya ini, terutamanya kanak-kanak,” kata Belmonte.

Sebanyak 58 peratus daripada kes yang dilaporkan melibatkan kanak-kanak berumur lima hingga 17 tahun, manakala 44 peratus membabitkan kanak-kanak berumur satu hingga 10 tahun.

Bagi menangani kelewatan dalam diagnosis denggi, semua 66 pusat kesihatan di bandar itu akan beroperasi pada hujung minggu dari 8 pagi hingga 5 petang bagi menerima pesakit yang disyaki dijangkiti denggi, katanya.

Pengisytiharan wabak itu dibuat sehari selepas Jabatan Kesihatan Filipina melaporkan peningkatan kes penyakit bawaan air dan makanan, penyakit seperti influenza, leptospirosis serta denggi.

Menurut data kerajaan, Quezon City mempunyai hampir tiga juta penduduk pada 2020. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan