Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg ketika ditemui media. Foto: Nadim Bokhari (TVS)

Tiada rombakan kabinet, pentadbiran berjalan seperti biasa

KUCHING, 16 Feb: Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg mengesahkan tiada rombakan kabinet Kerajaan Sarawak selepas kekalahan Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah dan Datuk Dr. Abdul Rahman Junaidi dalam pemilihan jawatan Naib Yang Di-Pertua Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB).

Ketika ini, Karim menjawat jawatan sebagai Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan serta Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan manakala Dr. Abdul Rahman merupakan Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi (Utiliti).

Menurut Abang Johari, di sebalik keputusan pemilihan tersebut, kerajaan pimpinannya akan terus berkhidmat kepada rakyat seperti biasa.

“Tidak ada rombakan. Kita teruskan seperti biasa,” katanya ketika ditemui pemberita selepas sesi penggulungan dan penangguhan Perhimpunan Agung PBB ke-16 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) hari ini.

Terdahulu Karim berkata, beliau menyerahkan sepenuhnya kepada Premier Sarawak untuk membuat keputusan mengenai kedudukannya.

Sementara itu, Abang Johari menjelaskan, semua pemimpin PBB tetap bersatu dalam perjuangan parti.

“Semua pemimpin PBB bersatu dalam perjuangan parti. Maknanya, tiada pemenang mutlak dan tiada kekalahan mutlak.

“Yang tewas dalam pertandingan pun tetap bersama, bukan masuk semula, tetapi kekal sebagai satu pasukan untuk terus berjuang dalam PBB,” ujarnya.

Untuk rekod, jawatan Naib Yang Di-Pertua PBB kekal disandang Dato Sri Julaihi Narawi dan Datuk Dr Annuar Rapaee manakala Datuk Ibrahim Baki dan Datuk Len Talif Salleh mengisi dua lagi kekosongan bagi jawatan tersebut.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan