Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang remaja lelaki berusia 14 tahun maut manakala lima yang lain cedera parah dalam serangan pisau di Villach, selatan Austria pada Sabtu, lapor Anadolu Ajansi (AA) yang memetik Perbadanan Penyiaran British (BBC). Foto hiasan Envato

Remaja maut, 5 cedera dalam serangan pisau di Austria

ByBernama

ISTANBUL, 16 Feb: Seorang remaja lelaki berusia 14 tahun maut manakala lima yang lain cedera parah dalam serangan pisau di Villach, selatan Austria pada Sabtu, lapor Anadolu Ajansi (AA) yang memetik Perbadanan Penyiaran British (BBC).

Polis mengenal pasti suspek sebagai pencari suaka Syria berusia 23 tahun yang ditahan di lokasi kejadian.

Menurut polis, seorang pekerja penghantaran membantu mencegah kecederaan lanjut dengan memandu kenderaannya ke arah penyerang.

Pemandu itu, juga seorang lelaki Syria, berkata beliau menyaksikan serangan berkenaan ketika melalui kawasan itu dan sengaja melanggar suspek dengan kenderaannya.

Disebabkan undang-undang Austria, identiti penyerang tidak didedahkan, namun polis mengesahkan suspek berusia 23 tahun itu menetap di kawasan berkenaan.

Suspek memegang permit kediaman sementara dan sedang menunggu keputusan permohonan suakanya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan