Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Polis menafikan tidak meneruskan siasatan terhadap syarikat pengendali umrah, Hejira Travel & Tours Holding Sdn. Bhd yang didakwa terlibat penipuan berjumlah lebih RM3 juta. Foto hiasan, Envato.

Polis nafi tidak teruskan siasatan penipuan syarikat pengendali umrah

ByYusuf Shukri

KUALA LUMPUR, 16 Feb: Polis menafikan tidak meneruskan siasatan terhadap syarikat pengendali umrah, Hejira Travel & Tours Holding Sdn. Bhd yang didakwa terlibat penipuan berjumlah lebih RM3 juta.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata sehingga 7 Februari lepas,  pihaknya telah menerima sebanyak 141 laporan polis.

Jelas beliau, siasatan dilakukan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

“Merujuk kepada sidang media oleh aktivis Mind Pro Management semalam (yang) seolah – olah (memberi gambaran) tiada siasatan di bawah seksyen berkenaan adalah tidak benar (serta) tidak bertanggungjawab.

“(Ini telah) memberi persepsi buruk kepada polis,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Ramli menjelaskan,  undang-undang negara memperuntukkan kuasa siasatan yang berbeza kepada agensi penguatkuasa yang berlainan.

“Justeru, kesalahan yang termaktub di dalam undang-undang tertentu hendaklah disiasat oleh agensi yang dipertanggungjawabkan agar tindakan yang lebih tepat serta sesuai dapat dilaksanakan,” katanya.

Katanya, syarikat pengendali umrah berkenaan berdaftar dan dilesenkan oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) untuk menjalankan aktiviti umrah dari 2023 sehingga Mac 2027.

“(Oleh itu) sebahagian laporan polis turut dirujuk kepada MOTAC sebagai agensi penguatkuasa yang bertanggungjawab untuk melaksanakan tindakan di bawah akta Industri Pelancongan 1992,” katanya.

Semalam peguam yang mewakili jemaah umrah, Ena Awil yang juga aktiviti Mind Pro Management menyuarakan rasa tidak puas hati selepas mendapati siasatan terhadap kes berkenaan diklasifikasi sebagai Rujuk Kepada Agensi Lain atau ‘Refer to Other Agency’ (ROA) tanpa tindakan lanjut.

Katanya, tindakan berkenaan adalah tidak wajar memandangkan elemen penipuan jelas berlaku dan seharusnya disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.  -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan