Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Foto hiasan Envato

Perhilitan tangkap buaya tembaga tersangkut jaring di kolam tadahan UniSZA

ByBernama

JERTIH, 16 Feb: Seekor buaya tembaga ditemukan tersangkut pada jaring di kolam tadahan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) di Kampus Besut, Tembila dekat sini pagi semalam.

Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Terengganu Loo Kean Seong berkata pihaknya menerima panggilan daripada pihak UniSZA mengenai reptilia sepanjang satu meter itu kira-kira pukul 8.30 pagi sebelum sepasukan anggota digegaskan ke lokasi.

“Anak buaya itu tersangkut di jaring ketika kerja-kerja pembersihan kolam tadahan oleh pekerja kebersihan UniSZA.

“Buaya itu diserahkan kepada pejabat Perhilitan Daerah Besut bagi tindakan sewajarnya,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata buaya itu dipercayai tersesat dari sungai yang terletak kira-kira 600 meter dari kampus berkenaan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan