Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Amar Douglas Uggah Embas. Foto TVS

Penubuhan Majlis Yang di-Pertua PBB medium buat keputusan cepat

BySteward Dawi

KUCHING, 16 Feb: Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) meluluskan usul menubuhkan Majlis Yang di-Pertua PBB yang akan menjadi mekanisme bagi pucuk kepimpinan parti menjalankan sesi sumbang saran berkaitan isu penting.

Timbalan Yang di-Pertua PBB Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, PBB perlu menubuhkan Majlis Yang di-Pertua yang terdiri daripada pemegang jawatan seperti Yang di-Pertua, Timbalan Yang di-Pertua, Naib Yang di-Pertua Kanan dan Setiausaha Agung.

“Ini ibarat satu jawatankuasa kecil yang akan menjadi platform bagi memudahkan sesi perbincangan mengenai beberapa isu yang perlu diselesaikan dengan kadar segera,” katanya ketika ditemui media selepas menghadiri sesi pembentangan dan perbahasan usul bersempena Perhimpunan Agung PBB ke-16 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) pada Ahad.

Uggah yang juga Timbalan Premier Sarawak menjelaskan, sekiranya melalui Majlis Kerja Tertinggi (MKT) ianya akan mengambil masa.

“Contohnya, semasa Barisan Nasional (BN) mengalami kekalahan dahulu, Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menerima beberapa panggilan daripada ketua kerajaan pusat pada masa itu berkaitan keputusan Sarawak sama ada terus bersama BN atau keluar. Ini memerlukan kita untuk membuat keputusan dengan cepat dan menubuhkan Gabungan Parti Sarawak (GPS),” ujarnya.

Katanya, melalui Majlis Yang di-Pertua juga, PBB akan merangka dasar, arah tuju dan keputusan penting seterusnya dibentangkan kepada MKT untuk pandangan.

“MKT masih penting dalam PBB dan akan membantu Yang di-Pertua PBB Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg membuat keputusan dengan cepat dan berkesan,” jelasnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan