Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Ibrahim Baki, Dato Sri Julaihi Narawi, Datuk Dr Annuar Rapaee dan Datuk Len Talif Salleh berjaya memenangi pemilihan jawatan itu sempena Perhimpunan Agung PBB Ke-16 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) pada Sabtu. Foto Nadim Bokhari (TVS)

Naib Yang Dipertua PBB: Ibrahim, Julaihi, Annuar dan Len Talif dipilih wakili Bumiputera

ByShafik Ahmad

KUCHING, 16 Feb: Naib Yang Dipertua Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) bagi Sayap Bumiputera kini diterajui muka baharu dan lama.

Ia selepas Datuk Ibrahim Baki, Dato Sri Julaihi Narawi, Datuk Dr Annuar Rapaee dan Datuk Len Talif Salleh berjaya memenangi pemilihan jawatan itu sempena Perhimpunan Agung PBB Ke-16 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) pada Sabtu.

Mendahului senarai keputusan rasmi, Ibrahim memperoleh undian tertinggi dengan 910 undi, diikuti Julaihi (902 undi), Dr Annuar (786 undi) dan Len Talif (687 undi).

Dua lagi calon yang juga penyandang, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah (669 undi) dan Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi (546 undi), gagal merebut jawatan tersebut.

Keputusan ini sekali gus menandakan kepimpinan baharu yang akan membantu memperkukuh hala tuju parti dalam memperjuangkan kepentingan Bumiputera Sarawak.

Proses pemilihan berlangsung dalam suasana tertib dan harmoni, dengan kehadiran perwakilan dari seluruh negeri yang memilih pemimpin terbaik bagi menerajui parti.

Konvensyen PBB Ke-16 turut menyaksikan pemilihan Ahli Majlis Kerja Tertinggi PBB dari kedua-dua sayap Bumiputera dan Pesaka, manakala jawatan tertinggi parti kekal tanpa pertandingan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan