Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Konsert Rakyat Siti Payung berlangsung dengan penuh kemeriahan, menampilkan barisan artis legenda dari era 70-an, 80-an dan 90-an

Konsert imbau memori lama, tarik perhatian peminat muzik klasik

ByTasha Jenkins Likan Anak Siti

MIRI, 16 Feb: Konsert Rakyat Siti Payung berlangsung dengan penuh kemeriahan dengan menampilkan barisan artis legenda dari era 70-an, 80-an dan 90-an sekali gus menarik perhatian peminat muzik klasik.

Awang Abu Bakar Laini, 71, pengunjung dari Brunei Darussalam menyatakan peluang untuk menyertai konsert tersebut merupakan pengalaman sangat berharga.

Awang Abu Bakar Laini, 71, pengunjung dari Brunei Darussalam. Foto TVS

“Kita dapat menyaksikan penyanyi atau artis dari era 70-an, 80-an,dan 90-an. Terutama daripada kumpulan Ilusi, ada Ayai di situ dan daripada kumpulan Eye ada Izam. Mat Over yang juga seorang pelawak turut memeriahkan suasana, serta Ijunainah M. Amin, penyanyi popular dari era 70-an dan 80-an,” katanya ketika ditemui TVS di Stadium Tertutup Miri pada Sabtu.

Awang turut menyatakan muzik klasik masih relevan dalam kalangan generasi muda.

“Pada pandangan saya, konsert ini yang menampilkan artis-artis terkenal dari era 70-an, 80-an dan 90-an, lagu mereka tetap segar dan masih digemari. Contohnya lagu seniman agung Allahyarham Tan Sri P. Ramlee masih dikenang, begitu juga lagu dari kumpulan Eye seperti Izinkan Selamanya Namamu Dihati yang tetap popular, tidak hanya di dunia nyata tetapi juga di aplikasi media sosial,” katanya.

Kipli Mustapa, 53, turut berkongsi keterujaan apabila dapat melihat artis pujaan beraksi di pentas tersebut dan mengimbau kenangan lama.

Kipli Mustapa, 53, pengunjung tempatan. Foto TVS

“Yang saya teruja untuk tengok adalah Nizam Laksamana. Sebab dia adalah salah seorang artis top pada zaman kami,” katanya.

Sementara itu, Saadiah Anuar, 64, yang pertama kali menghadiri Konsert Rakyat Siti Payung di Miri berasa teruja kerana akhirnya dapat melihat artis pujaan secara langsung.

Saadiah Anuar, 64, pengunjung tempatan. Foto TVS

“Memang tidak dapat dijangkakan kerana ini kali pertama konsert ini dianjurkan di Miri. Saya minat Ijunainah M. Amin manakala Mat Over yang turut membuat penampilan,” ujarnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan