Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Naib Yang Di-Pertua Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Dato Sri Julaihi Narawi. Foto Nadim Bokhari (TVS)

Julaihi perjuang suara rakyat luar bandar menerusi transformasi digital

ByAkma Salleh

KUCHING, 16 Feb: Naib Yang Di-Pertua Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Dato Sri Julaihi Narawi yang berjaya mengekalkan jawatannya berikrar untuk terus memperjuangkan nasib rakyat luar bandar.

Menurutnya, salah satu fokus utama yang akan dilaksanakan adalah mempercepatkan transformasi digital di kawasan tersebut.

“Saya lahir dan membesar di luar bandar jadi saya mewakili kawasan luar bandar lebih-lebih lagi di kawasan pesisir. Jadi, tanggungjawab saya juga ada iaitu Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi.

“Antara tugasnya ialah dari segi transformasi digital, kita perlu mempunyai infrastruktur digital termasuk menara telekomunikasi yang dibina Kerajaan Sarawak melalui Perbadanan Ekonomi Digital Sarawak (SDEC),” katanya ketika ditemui pemberita di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini, hari ini.

Beliau berkata, transformasi digital adalah salah satu daripada tujuh pemangkin untuk melaksanakan enam sektor ekonomi yang disasarkan dalam Pelan Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 2030 (PCDS 2030).

“Ini menjadi tanggungjawab kementerian saya bagaimana kita nak mempercepatkan transformasi digital.

“Selain daripada menara telekomunikasi yang perlu kita lengkapkan dengan semua peralatan telekomunikasi, kita juga akan pasangkan Multi-Operator Core Network (MOCN). Kalau ia dipasang di setiap menara pintar yang dibina SDEC, sekarang ada 618 yang disasarkan 575 sudah siap dan 441 menara sudah diudara,” ujarnya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan