Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Nengeri (JPBN) Sarawak terus giat membantu melancarkan proses pemulihan pasca banjir di wilayah ini.Foto UKAS

JPBN Sarawak giat bantu proses pemulihan pasca banjir

BySteward Dawi

KUCHING, 16 Feb: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak terus giat membantu melancarkan proses pemulihan pasca banjir di wilayah ini.

Pengerusi JPBN Sarawak yang juga Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, proses itu penting bagi memudahkan mangsa banjir melakukan pembaikan sekali gus mereka dapat menjalani kehidupan harian seperti biasa.

“Sebab kita tahu banyak rumah dan jalan rosak teruk akibat musibah banjir yang berlaku di beberapa tempat di seluruh Sarawak,” katanya katanya ketika ditemui media selepas menghadiri sesi pembentangan dan perbahasan usul bersempena Perhimpunan Agung PBB ke-16 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) pada Ahad.

Jelasnya, tahap kesiapsiagaan pihaknya dalam menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) yang dijangka berakhir pada Mac masih tinggi dan akan digerakkan apabila ada bencana berlaku.

“Kami (JPBN Sarawak) telah menambah bekalan stok barang, menggerakkan aset dan kelengkapan peralatan bagi menghadapi sebarang kemungkinan,” ujarnya.

Tambahnya, bantuan RM1,000 akan diberikan kepada setiap ketua isi rumah (KIR) yang terjejas akibat bencana banjir yang berlaku baru-baru ini.

“Bantuan itu akan dikreditkan ke dalam akaun KIR yang telah berdaftar di bawah Pusat Pemindahan Sementara (PPS),” jelasnya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan