Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ryan O’Neil dan Crystal Valerie. Foto TVS

Brunei Coffee Trail buka peluang eksport kopi ke Sarawak

ByTasha Jenkins Likan Anak Siti

MIRI, 16 Feb: Industri penghasilan dan jualan kopi semakin berkembang di Sarawak dengan Jabatan Pembangunan Pelancongan, Kementerian Sumber Utama dan Pelancongan Brunei Darussalam yang disokong oleh Pejabat Perdagangan dan Pelancongan Sarawak Brunei (STATOB) mengadakan Brunei Coffee Trail bagi memperluaskan industri penjualan kopi.

Ryan O’Neil, seorang pengunjung tempatan berpendapat acara tersebut berpotensi membuka peluang eksport kopi ke Sarawak.

“Mungkin dengan membuka cawangan di Miri, kedai kopi tempatan dari Brunei dapat berkembang di sini. Jika mereka mempunyai biji kopi sendiri, mereka juga boleh mengeksportnya ke Miri,” katanya ketika ditemui TVS di Acara Brunei Coffee Trail, Miri, hari ini.

Ryan turut menekankan kepentingan kerjasama antara Miri dan Brunei Darussalam dalam industri kopi.

“Yang perlu dipertimbangkan hanyalah nisbah pengeluaran, produksi dan tenaga kerja,” ujarnya.

Sementara itu, Crystal Valerie turut berkongsi pendapatnya mengenai acara tersebut.

“Saya datang ke Brunei Coffee Trail kerana saya nak tengok macam mana keadaan di sini dan apa yang mereka jual. Saya nak cuba semua benda yang mereka buat dekat sini,” ujarnya.

Crystal yang pada awalnya tidak meminati kopi berkata, setelah mencubanya, dia semakin menyukai minuman itu.

“Pada mulanya, saya tidak berminat. Namun, selepas mencuba kopi, saya mula menyukainya. Lama-kelamaan, menjadi kegemaran saya,” jelasnya.

Crystal turut berkongsi impiannya untuk membuka kedai kopi suatu hari nanti dengan konsep yang menggabungkan unsur sejarah dan estetika.

“Mungkin saya akan menggabungkannya dengan elemen bersejarah termasuk artifak lama. Sebagai peminat sejarah, saya ingin menerapkan konsep sejarah dalam kafe yang bakal saya buka,” kata Crystal.

Crystal turut berkata, potensi kolaborasi antara Brunei dan Miri dalam sektor kopi boleh direalisasikan.

“Saya rasa boleh sebab kalau mereka berkolaborasi, kopinya boleh berkembang lebih besar lagi. Dari segi ekonomi tempatan, mungkin industri kopi boleh berkembang ke tahap lebih luas,” ujarnya.

Acara Brunei Coffee Trail dijangka membuka peluang besar kepada pemain industri kopi di rantau ini untuk mengembangkan perniagaan dan memperkenalkan inovasi baharu. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan