Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Foto hiasan AFP

Brazil jadi tuan rumah sidang kemuncak BRICS di Rio de Janeiro pada Julai

ByBernama

SAO PAULO, 16 Feb: Brazil akan menjadi tuan rumah sidang kemuncak pemimpin BRICS di Rio de Janeiro pada 6 dan 7 Julai, umum Menteri Luar Mauro Vieira pada Sabtu, lapor Xinhua.

Brazil mengambil alih jawatan pengerusi bergilir BRICS pada 1 Jan dan mengetuai kumpulan kerja bagi menyediakan agenda dan topik untuk sidang kemuncak yang akan menghimpunkan ketua negara dan kerajaan.

Pengumuman itu dibuat selepas Vieira mengadakan pertemuan dengan Datuk Bandar Rio de Janeiro, Eduardo Paes pada Sabtu. Keputusan itu susulan kejayaan bandar raya itu menjadi tuan rumah Sidang Kemuncak Pemimpin G20 November lepas.

“Kami akan mengalu-alukan ketua negara dari 20 negara yang merupakan anggota penuh dan negara rakan BRICS, di mana kami akan membuat keputusan penting mengenai pembangunan, kerjasama dan memperbaiki keadaan hidup di negara-negara ini. Sekali lagi, Rio de Janeiro akan menjadi pentas bagi perhimpunan antarabangsa utama,” kata Vieira.

Paes, yang telah menubuhkan sebuah suruhanjaya untuk menyelia penganjuran acara itu, berkata sidang kemuncak BRICS akan mengukuhkan hubungan antarabangsa sambil memupuk pertukaran budaya, perdagangan dan pelancongan. – TVS

Tags: brazil, BRICS, Paes

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan