Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Yang Dipertua PBB, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg ketika menghadiri Majlis Makan Malam sempena Perhimpunan Agung Parti PBB ke-16 yang diadakan di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) malam tadi. Foto UKAS

4,522 perwakilan hadir Majlis Makan Malam Perhimpunan Agung PBB ke-16

KUCHING, 16 Feb: Seramai 4,522 perwakilan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) daripada 82 cawangan menghadiri Majlis Makan Malam sempena Perhimpunan Agung Parti PBB ke-16 yang diadakan di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) malam tadi.

Majlis turut diserikan dengan kehadiran Yang Dipertua PBB, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah, serta kedua-dua Timbalan Yang Dipertua PBB, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, dan Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.

Pada masa sama, majlis dihiburkan dengan persembahan koir dari Majlis Seni Sarawak, nyanyian artis tempatan dan cabutan bertuah.

Perhimpunan Agung Parti PBB ke-16 diadakan selama tiga hari bermula 14 Februari hingga 16 Februari 2025.

Antara intipati majlis termasuklah pemilihan Majlis Tertinggi Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) yang mana keputusan rasmi akan diumum esok sebelum sesi penggulungan mesyuarat.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan