Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Gelagat murid-murid pada hari pertama pembukaan sekolah sesi 2025/2026 ketika tinjauan di Sekolah Kebangsaan Sultan Ismail 1 hari ini. Foto, Bernama.

17 buah sekolah baharu mula beroperasi tahun ini

ByAmirah Shawel

KUALA LUMPUR, 16 Feb: Sebanyak 17 buah sekolah baharu dijangka akan mula beroperasi pada tahun ini.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memaklumkan lapan daripadanya merupakan sekolah rendah manakala sembilan lagi sekolah menengah.

Sesi persekolahan 2025/2026 di Kedah, Terengganu, Kelantan bermula hari ini

“Peningkatan jumlah sekolah yang akan beroperasi ini dapat meningkatkan akses pendidikan sekali gus membantu menangani isu sekolah padat yang dihadapi terutamanya di kawasan bandar.

“Antara lokasi sekolah-sekolah baharu yang akan beroperasi ialah di Selangor, Melaka, Johor, Kelantan, Terengganu, Sabah dan Sarawak,” jelas KPM menerusi kenyataan media.

KPM pada masa sama menjelaskan akan terus komited untuk menyediakan akses pendidikan yang berkualiti di seluruh negara.

Dalam perkembangan berkaitan, seramai 865,883 murid dan pelajar sekolah rendah dan menengah di Kedah, Kelantan dan Terengganu memulakan sesi persekolahan 2025/2026 hari ini.

Daripada jumlah itu, Kedah mencatatkan jumlah teramai iaitu 349,966 orang merangkumi 200,574 murid sekolah rendah dan 149,392 pelajar sekolah menengah.

Seramai 256,869 pelajar terdiri 149,314 murid sekolah rendah dan 107,555 pelajar sekolah menengah turut memulakan memulakan sesi persekolahan di Terengganu.

Di Kelantan pula, seramai 259,048 pelajar dan murid di 595 sekolah turut memulakan sesi persekolahan hari ini. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan