Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pembinaan bangunan baharu Pejabat Premier Sarawak bertujuan bagi meningkatkan aspek keselamatan. Foto TVS

‘White House’ Sarawak dibina demi keselamatan rahsia kerajaan

KUCHING: Pembinaan bangunan baharu Pejabat Premier Sarawak bertujuan bagi meningkatkan aspek keselamatan, susulan risiko keselamatan di Wisma Bapa Malaysia yang mudah diakses oleh orang ramai.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, langkah tersebut diambil bagi melindungi rahsia-rahsia kerajaan yang kini disimpan di Wisma Bapa Malaysia.

“Bangunan baharu ini bukan sekadar pejabat biasa, tetapi ia dibangunkan atas keperluan keselamatan.

“Wisma Bapa Malaysia mudah diakses sekali gus meningkatkan risiko kebocoran maklumat penting kerajaan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan Perhimpunan Agung Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) ke-16 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) pada Sabtu.

Menurutnya, pejabat baharu itu masih belum diberikan nama rasmi kerana pembinaannya masih belum siap sepenuhnya, termasuk aspek pengoperasiannya.

Beliau menegaskan bahawa bangunan baharu itu akan memastikan tahap keselamatan lebih ketat dan kawalan lebih rapi bagi menjaga kepentingan serta rahsia kerajaan Sarawak. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan