Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump. Foto fail AFP

Usaha BRICS ‘lemahkan dolar’ boleh bawa kesan buruk kepada AS, dunia – Trump

ByBernama

WASHINGTON, 15 Feb: Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump berkata usaha BRICS untuk “melemahkan dolar” boleh membawa kesan buruk kepada AS dan dunia, lapor Sputnik/RIA Novosti.

“Anda tahu, itu akan menjadi sesuatu yang amat teruk bagi negara kita. Ia akan memberi kesan buruk kepada dunia. Mereka mahu melemahkan dolar. Enam negara telah berkumpul. Mereka mahu melemahkan dolar,” kata Trump kepada pemberita di Rumah Putih, merujuk kepada negara anggota BRICS.

Pada Januari, Trump mengancam untuk mengenakan tarif 100 peratus ke atas semua import dari negara BRICS sekiranya blok itu cuba melancarkan mata wang BRICS baharu atau menyokong mana-mana mata wang lain bagi menggantikan dolar AS.

Laporan sebelum ini menyatakan bahawa negara anggota BRICS telah membincangkan kemungkinan memperluas penggunaan mata wang negara masing-masing dalam urusan pembayaran serta mewujudkan mata wang bersama dalam blok itu, tetapi tiada keputusan muktamad dibuat mengenai perkara berkenaan.

BRICS ialah sebuah blok antara kerajaan yang ditubuhkan pada 2006 oleh Rusia, China, India dan Brazil, dengan Afrika Selatan menyertai pada 2011. Sejak awal 2024, beberapa negara lain turut menyertai BRICS. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan