Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tiga pekerja mengalami kecederaan selepas berlaku letupan silinder gas di sebuah kilang di Zon Perdagangan Bebas Fasa 3, Lebuh Kampung Jawa, Bayan Lepas hari ini. Foto JBPM

Tiga pekerja kilang cedera dalam letupan silinder gas di Bayan Lepas

ByBernama

GEORGE TOWN, 15 Feb: Tiga pekerja mengalami kecederaan selepas berlaku letupan silinder gas di sebuah kilang di Zon Perdagangan Bebas Fasa 3, Lebuh Kampung Jawa, Bayan Lepas, dekat sini hari ini.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bayan Baru, Abdul Manap Kadir, berkata dalam kejadian itu, seorang mangsa berusia 49 tahun patah kaki kanan, manakala dua lagi, masing-masing berusia 38 dan 40 tahun mengalami kecederaan ringan.

Beliau berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 1.16 tengah hari dan jentera dari BBP Bayan Baru bergegas ke lokasi kejadian.

“Berdasarkan maklumat pekerja kilang, kejadian itu berpunca daripada letupan silinder gas jenis FM 200, menyebabkan tiga mangsa mengalami kecederaan.

“Mangsa telah diberikan rawatan awal oleh pasukan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) sebelum dirujuk kepada pihak perubatan Kementerian Kesihatan untuk rawatan susulan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata bagaimanapun, insiden letupan tersebut tidak melibatkan kebakaran dan pasukan bomba melakukan kerja-kerja pemantauan bagi memastikan tiada bahaya lain sebelum operasi ditamatkan sepenuhnya sejam kemudian.

Katanya punca letupan dan jumlah kerugian masih dalam siasatan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan