Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Foto hiasan Envato

Ribut petir, hujan lebat dijangka landa sembilan negeri petang ini

ByBernama

KUALA LUMPUR, 15 Feb: Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di sembilan negeri hingga 6 petang, hari ini.

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan amaran itu melibatkan beberapa daerah di Perak, Pahang, Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Sarawak serta Sabah.

“Di Perak kawasan terlibat ialah Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim, manakala di Pahang melibatkan Cameron Highlands, Lipis, Raub dan Rompin.

“Di Selangor melibatkan Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat; Johor (Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai dan Johor Bahru); Negeri Sembilan (Jelebu, Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah dan Rembau) serta seluruh kawasan Kuala Lumpur dan Melaka,” menurut kenyataan itu.

Agensi itu turut memaklumkan kawasan terlibat di Sabah ialah Pedalaman (Sipitang, Tenom dan Beaufort) serta Limbang di Sarawak. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan