Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang baharu Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub (hadapan, tengah) menyampaikan ucapan pada Kongres Tahunan FAM ke-61 di sebuah hotel hari ini. Foto Bernama

Penstrukturan Liga-M keutamaan Mohd Joehari

SUBANG JAYA, 15 Feb: Penstrukturan saingan Liga Malaysia (Liga-M) antara menjadi keutamaan Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub dalam fasa pertama pentadbirannya sebagai Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang baharu.

Mohd Joehari berkata langkah pemerkasaan bersama Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) itu sebagai usaha mengembalikan daya tarikan saingan liga tempatan yang dilihat seakan hilang seri.

“Perancangan itu sentiasa ada dan sekarang dalam masa terdekat saya akan melihat kembali struktur perlawanan serta liga selain memperkasakan mana-mana lagi boleh diitambah baik.

“Kita sudah tahu keadaan dalam Liga-M tidak berapa sihat jadi salah satu pelan utama dengan bekerjasama dengan MFL memperbaiki liga,” katanya pada sidang media kongres pemilihan FAM penggal 2025-2029 di sini hari ini.

Beliau berkata perkara lain turut diberi perhatian termasuk isu tunggakan gaji yang akan diteliti bersama pengendali liga negara itu.

Sebelum ini, Liga-M dilaporkan kian suram apabila dihimpit permasalahan kekurangan penonton yang hadir ke stadium bagi menyaksikan Liga-M selain jadual liga yang tidak teratur.

Terdahulu, Mohd Joehari diumum sebagai Presiden baharu FAM bagi menggantikan Tan Sri Hamidin Mohd Amin yang tidak mempertahankan jawatan disandangnya sejak 2018.

Naib presiden badan induk sukan itu sebelum ini disahkan menang tanpa bertanding apabila menjadi calon tunggal oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan FAM Prof Datuk Dr Abdullah Mohamad Said pada pemilihan tersebut.

Mohd Joehari turut optimis dengan kehadiran barisan kepimpinan baharu FAM termasuk legenda bola sepak negara Datuk Dollah Salleh dan Datuk Zainal Abidin Hassan yang disifatkannya sebagai kombinasi terbaik dalam usaha membawa bola sepak negara ke tahap lebih tinggi. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan