Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Yang di Pertua PBB, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg ketika berucap merasmikan Perhimpunan Agung PBB ke-16. Foto TVS

Pemimpin, ahli PBB mesti mahir kuasai teknologi AI

KUCHING, 15 Feb: Pemimpin dan ahli Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) mesti mahir menguasai teknologi terkini termasuk kecerdasan buatan (AI).

Yang di-Pertua PBB, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, ia bagi memastikan AI tidak disalahgunakan dalam agenda politik.

“Pemimpin dan ahli PBB mesti bersedia menguasai AI kerana teknologi ini akan melahirkan manusia hibrid antara manusia dan mesin. Yang saya takut AI digunakan dalam politik untuk membuat propaganda.

“Ini kerana manusia kadang-kadang disebabkan oleh keghairahan dan nafsu mereka akan menggunakan apa sahaja cara untuk mendapatkan kuasa. Kalau itu berlaku ia ibarat pisau yang membunuh. Jadi pemimpin masa depan mesti tahu bagaimana untuk menangani teknologi AI ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Perhimpunan Agung Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) ke-16 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Abang Johari berkata, Sarawak memiliki potensi untuk membangunkan platform AI sekali gus membuka peluang baharu untuk kemajuan ekonomi dan pembangunan masyarakat.

“Sebelum ini Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menyatakan mereka tidak akan mengeluarkan cip kepada China. Selepas itu, China mengeluarkan cip sendiri dan membangunkan platform AI dikenali sebagai DeepSeek.

“Jadi, saya beritahu SAINS, kalau China boleh apa salah kita (Sarawak) buat DeepSar kerana ini semua dikuasai oleh cip. Malah sekarang 100 orang anak Sarawak yang boleh mengeluarkan cip,” ujarnya.

Tahun lepas, Syarikat rekaan cip semikonduktor tempatan, Sarawak Microelectronics Design (SMD) berjaya melahirkan hampir 100 jurutera dengan kepakaran dalam bidang reka bentuk cip.

Menurut Abang Johari, ekonomi Sarawak bergantung kepada keperluan penghasilan cip yang berupaya meningkatkan pertumbuhan ekonomi dengan menyasarkan negara rantau Asia sebagai pasaran utama. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan