Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg merasmikan Perhimpunan Agung PBB ke-16 di BCCK hari ini. Foto Nadim Bokhari (TVS)

PBB ibarat kapal besar dikemudi nakhoda gagah, berani

KUCHING, 15 Feb: Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) ibarat sebuah kapal yang besar dikemudi nakhoda yang gagah, unggul, berpandangan jauh dan berani membuat keputusan.

Timbalan Yang di-Pertua PBB Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, pemimpin seperti Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg memiliki kemampuan meneruskan perjuangan parti supaya terus kukuh dan kekal relevan.

“Kami akan sentiasa menyokong kepimpinan Abang Johari dan memastikan beliau tidak akan berkerja bersendirian,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Perhimpunan Agung PBB ke-16 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) hari ini.

Uggah yang juga Timbalan Premier Sarawak menjelaskan, rakyat Sarawak perlu berbangga kerana dapat menyaksikan ledakan pembangunan yang pesat di Bumi Kenyalang.

“Ini semua adalah hasil jasa PBB yang merupakan parti keramat dan banyak berbakti kepada Sarawak sejak ia ditubuhkan,” ujarnya.

Katanya, perjuangan untuk mengecapi semua kejayaan selama ini bukan sekelip mata bak kata peribahasa ‘Yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang’.

“Justeru, kita dari semua 82 cawangan parti PBB sebulat suara mengekalkan Abang Johari sebagai Yang di-Pertua tanpa bertanding untuk penggal 2025-2027,” jelasnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan