Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) merakam keterangan lapan individu berhubung pemuatan naik kandungan bersifat palsu dan jelik yang berpotensi menimbulkan kekeliruan serta kegusaran dalam kalangan masyarakat.

MCMC siasat lapan individu berkaitan kandungan palsu, jelik

ByMadeline Dugat

KUALA LUMPUR, 15 Feb: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) merakam keterangan lapan individu berhubung pemuatan naik kandungan bersifat palsu dan jelik terhadap Institusi Diraja, khususnya Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja.

Berdasarkan laporan yang diterima, pasukan penyiasat MCMC membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588].

Susulan itu, lapan operasi pemeriksaan dijalankan di enam negeri iaitu Kuala Lumpur, Terengganu, Kedah, Kelantan, Perlis, dan Pahang bagi merakam keterangan individu-individu terlibat.

“Melalui operasi yang dijalankan, lapan unit telefon pintar dan lapan unit kad SIM yang dipercayai berkaitan dengan kes telah disita bagi membantu siasatan.

“ Analisis forensik akan dijalankan ke atas peranti berkenaan untuk mendapatkan keterangan bagi membuktikan kes,” menurut kenyataan MCMC.

Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588] (sebelum pindaan) yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara sehingga satu tahun, atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Justeru MCMC mengingatkan orang ramai agar bertanggungjawab dalam memuat naik sebarang kandungan di media sosial serta perkhidmatan pesanan internet dan tidak menggunakan perkhidmatan rangkaian dan aplikasi dalam talian untuk menyebarkan sebarang kandungan berunsur palsu dan kebencian yang bertentangan dengan nilai dan norma budaya masyarakat majmuk di Malaysia. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan