Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Foto AFP

Malaysia, Mesir senada tolak usaha “halau” rakyat Palestin dari bumi Gaza

ByBernama

KUALA LUMPUR, 14 Feb: Malaysia dan Mesir senada dalam pendirian menolak usaha “menghalau” rakyat Palestin keluar dari bumi Gaza kerana langkah itu bakal memberi dampak buruk terhadap usaha mewujudkan sebuah negara Palestin yang merdeka.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perkara itu disuarakan ketika beliau menghubungi Presiden Mesir Abdel Fattah El-Sisi hari ini, yang antara lain menyentuh perkembangan terkini isu kemanusiaan dan usaha pembangunan semula Gaza.

“Saya mengulangi pendirian Malaysia untuk terus membantu rakyat Palestin terutama membabitkan bantuan kemanusian dan perubatan serta pembangunan semula, di samping tekal menyokong perjuangan menuntut keadilan buat Palestin.

“Saya turut zahirkan penghargaan terhadap pendirian Presiden El-Sisi dan kerajaan Mesir yang terus menghulurkan bantuan dan mempermudah usaha Malaysia menyampaikan sumbangan dan perubatan terhadap rakyat Palestin yang terkesan dengan serangan serta kekejaman genosid rejim Zionis Israel,” kata Perdana Menteri dalam hantaran di laman sosial beliau.

Anwar berkata El-Sisi turut menyatakan sokongan terhadap usaha digerakkan Jepun dan Malaysia untuk membangunkan semula Gaza menerusi inisiatif Kerjasama Asia Timur untuk Pembangunan Palestin (CEAPAD).

Gerakan membantu Palestin, kata beliau pasti lebih berkesan sekiranya lebih banyak negara bersolidariti dan bersama-sama dalam usaha ini.

Selain itu, kedua-dua pemimpin juga membincangkan hubungan dua hala Malaysia-Mesir dan mengulangi komitmen untuk memperkukuh kerjasama ekonomi, pelaburan, perdagangan, pendidikan dan kebudayaan kedua-dua negara. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan