Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sagui Dekel-Chen warga Israel-Amerika, Yair Horn tebusan Israel-Argentina dan Sasha Trupanov warga Israel-Rusia berdiri di atas pentas di sebelah militan Palestin semasa penyerahan mereka kepada pasukan Palang Merah di Khan Yunis di selatan Semenanjung Gaza pada 15 Februari 2025. Foto AFP

Kumpulan Palestin serah 3 tawanan Israel dalam perjanjian pertukaran di Gaza

ByBernama

ANKARA, 15 Feb: Briged Al-Qassam, sayap tentera Hamas dan Saraya Al-Quds, kumpulan bersenjata daripada Jihad Islam, menyerahkan tiga tawanan Israel pada Sabtu sebagai sebahagian daripada fasa keenam perjanjian pertukaran tahanan dengan Israel, lapor Anadolu Ajansi (AA).

Menurut pewarta Anadolu, penyerahan Alexander (Sasha) Turbanov, Sagui Dekel-Chen dan Yair Horn kepada Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa berlaku di timur Khan Younis, selatan Gaza.

Briged itu juga memberikan seorang daripada tiga tawanan Israel sebuah jam pasir yang tertera perkataan “Time is running out” (Masa semakin suntuk) dalam tiga bahasa, ditujukan kepada kerajaan Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu, tambah pewarta berkenaan.

Pertukaran itu adalah sebahagian daripada fasa pertama perjanjian gencatan senjata antara Hamas dan Israel.

Israel dijangka membebaskan 369 tahanan Palestin pada Sabtu sebagai sebahagian daripada perjanjian itu. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan