Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Foto media sosial

Empat tapak bazar Ramadan disediakan di Putrajaya – Presiden PPJ

ByBernama

PUTRAJAYA, 15 Feb: Empat tapak bazar Ramadan disediakan di Putrajaya tahun ini bagi memberi keselesaan dan memudahkan warga setempat, kata Presiden Perbadanan Putrajaya (PPj) Datuk Fadlun Mak Ujud.

Beliau berkata sebelum ini tapak sedia ada terletak di Presint 3, 11 dan 14 manakala untuk tahun ini ada tambahan di Taman Warisan Pertanian (Presint 16).

“Tahun ini hampir 800 lot disediakan termasuk 260 bagi jualan makanan dan 300 di Anjung Syawal,” katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran Karnival Sukan sempena Sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2025 yang disempurnakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa di sini hari ini.

Mengulas mengenai aspek pemantauan, beliau berkata pada tahun ini langkah itu lebih tertumpu kepada kualiti makanan maka peniaga hanya dibenarkan menjual selepas 3 petang.

Beliau turut menasihati peniaga bazar Ramadan agar menjaga kebersihan dan kualiti makanan serta tidak menjual pada harga yang tinggi.

PPj juga akan bekerjasama dengan agensi lain termasuk Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Kementerian Kesihatan dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi memastikan tiada kehadiran individu yang mengemis.

Ramadan tahun ini dijangka pada 2 Mac. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan