Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sebanyak 48,000 ekor ayam mati selepas ladang penternakan di Kampung Paya Muyud dekat Jitra musnah dalam kebakaran malam tadi. Foto JBPM

48,000 ayam mati dalam kebakaran ladang penternakan di Jitra

ByBernama

ALOR SETAR, 15 Feb: Sebanyak 48,000 ekor ayam mati selepas ladang penternakan di Kampung Paya Muyud dekat Jitra musnah dalam kebakaran malam tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jitra, Penolong Kanan Penguasa Bomba Mohd Bustan Karudin berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kebakaran itu pada 11.01 malam sebelum tiba dilokasi kejadian kira-kira 25 minit kemudian.

“Seramai 26 anggota dari BBP Jitra, BBP Bukit Kayu Hitam dan BBP Alor Setar telah dikerahkan ke lokasi kejadian dan sebanyak lima Pasukan Bomba Sukarela (PBS) dari Bukit Pinang, Sebarang Nyonya, Pokok Sena, Jalan Kundur dan Kilang Tebu turut membantu.

“Kebakaran melibatkan ladang penternakan ayam jenis bangunan separa kekal dan kemusnahan hampir 80 peratus,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata pihaknya telah dimaklumkan bahawa ladang berkenaan mempunyai 50,000 ekor ayam.

“Tindakan pemadaman menggunakan enam jentera telah dijalankan dan operasi terkawal kira-kira 12.46 pagi,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan